PERJUMPAAN KETUA TIMBALAN PENDAFTAR BERSAMA KETUA PENTADBIRAN PTNCPI

09 Julai 2024 | Perjumpaan Ketua Timbalan Pendaftar bersama Ketua Pentadbiran PTNCPI Bil 2/2024

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan perjumpaan bersama 22 Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Pejabat TNC (P&I) pada 09 Julai 2024 bermula jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Ruby dan Topaz, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam. Perjumpaan ini diadakan sebanyak dua kali setahun bagi tujuan semakan proses kerja, isu berbangkit dan kebajikan staf.

Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar PTNCPI telah memaklumkan tarikh-tarikh penting bagi Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pertengahan Tahun 2024, statistik semasa penyediaan MyPortfolio dan perancangan aktiviti/program PTNCPI yang akan datang. Beliau mengakhiri perjumpaan ini dengan menasihati semua staf agar meningkatkan prestasi dalam tugasan dan menjadi penyumbang kejayaan kepada PTJ masing-masing.

 

Disediakan oleh:


Haryani Hanip
BPSM

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
113
1198
4199
177665

18-10-2024