17 Mei 2024 (Jumaat) | Kunjungan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),
Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berlangsung di Bilik Sidang, Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Kunjungan delegasi ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi di antara UMS dan UiTM serta mempromosikan program EXCOCIPTA 2024 anjuran UMS yang bakal diadakan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2024.
Delegasi Pejabat TNC (P&I), UMS diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj Sarbantly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Sabah bersama 10 orang staf daripada Pusat Pengurusan Inovasi & Pengkomersialan (PPIP) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (Strategik) (PPP). Kunjungan ini disambut mesra oleh warga Pejabat TNC (P&I) UiTM diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Pengarah Business Innovation & Technology
Commercialization Centre (BITCOM), Pengarah Penerbit UiTM dan Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNC (P&I).
Pelbagai perbincangan dibuat bagi memantapkan strategi perolehan geran penyelidikan dan perkongsian usaha mendapatkan pengiktirafan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HiCoE) di UMS. Diharapkan sinergi dan kerjasama baik antara UMS dan UiTM dapat diteruskan demi meraih kejayaan khususnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Disediakan oleh:
Shafiq Izzuddin Mohd Zaki / Haryani Hanip
BPSM