PENGANJURAN PROGRAM UKHUWAH@PI SIRI 4 DI PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

26 April 2024 (Jumaat) | Ukhuwah@Pi Siri 4 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I).

Program yang membawa objektif bagi mengeratkan silaturrahim di antara warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) secara bulanan ini dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Encik Muhamad Hadri Mohd Hasan, Pegawai Eksekutif, MITRANS. Usai bacaan Yasin, Ts. Mohd Rafizi Rahmad memberikan ucapan selamat datang dan tahniah kepada lantikan baharu Pentadbir Akademik di Pejabat TNC (P&I). Selain itu, turut mengucapkan penghargaan kepada Pentadbir Akademik yang telah tamat tempoh lantikan pada bulan April 2024 dan staf kontrak yang telah meletak jawatan di Pejabat TNC (P&I). 
 
Ukhuwah@PI Siri 4 telah dihadiri seramai hampir 85 orang dan melalui ucapan YBhg. Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta sudi meluangkan masa bagi program ini. 


Disediakan oleh:

Nur Ruzana Rosli
BPSM
 
 
 
 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm

         

Website Statistic

Today
This Week
This Month
All days
115
1200
4201
177667

18-10-2024