Pada 29 Februari 2024, telah diadakan perjumpaan di antara Ts. Mohd Rafizi Rahmad, Ketua Timbalan Pendaftar bersama
Ts. Mohd Khairil Adzhar Mahmood, Timbalan Pegawai Penyelidik merangkap Ketua Skim Pegawai Penyelidik (Skim Q).
Hadir sama Profesor Ts. Dr. Mohd Rozi Ahmad, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) dan Encik Muhammad Adib Ibrahim, Penolong Pendaftar dalam memberikan input berkenaan perbincangan melibatkan halatuju Skim Q di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Agenda perbincangan melibatkan penambahbaikan Terma Rujukan dan Panel Laluan Kerjaya Urusan Kenaikan Pangkat bagi Skim Q di UiTM. Hasilan perbincangan ini akan memuktamadkan satu Pekeliling yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi peningkatan kerjaya Skim Q di UiTM.

Disediakan oleh:
Muhammad Adib Ibrahim
BPSM