PULAU PINANG, 19 April 2025 – Lawatan industri ke Penang Skills Development Centre (PSDC), telah dilaksanakan sebagai salah satu agenda Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan Industri) dan Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri) yang ke 13 (MeTPI – 13). Pihak PSDC menyantuni delegasi UiTM yang hadir dengan memberi taklimat serta lawatan ke dalam makmal latihan dan bengkel PSDC selama separuh hari.
PSDC merupakan sebuah pusat pembangunan kemahiran yang terkenal di Malaysia. Ia menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada pelajar serta pekerja industri dalam pelbagai bidang seperti automasi, teknologi maklumat, kejuruteraan dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan termasuklah:
• Taklimat oleh wakil PSDC mengenai sejarah dan peranan pusat tersebut.
• Lawatan ke makmal latihan dan bengkel teknikal.
• Demonstrasi penggunaan mesin berteknologi tinggi.
• Sesi soal jawab bersama tenaga pengajar dan wakil industri.
• Perkongsian pengalaman oleh staf sebagai tenaga pengajar di PSDC.
Lawatan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf UiTM berkaitan dengan suasana kerja sebenar dalam industri serta mengenali teknologi dan kemahiran terkini yang ditawarkan oleh PSDC. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan pihak industri.
Lawatan ini memberikan pelbagai manfaat kepada para peserta, antaranya:
• Menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan kemahiran teknikal terkini.
• Memahami kehendak dan keperluan industri masa kini.
• Meningkatkan motivasi staf untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
• Menjalin jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri.
PSDC juga salah satu institusi pembelajaran pertama di Malaysia yang menawarkan pusat latihan berdasarkan pacuan oleh industri dan merupakan salah satu penyedia pendidikan serta latihan yang paling diminati oleh pelajar atau pekerja industri di dalam bidang kemahiran. PSDC mempunyai seramai lebih 260 rakan industri dalam dan luar negara bagi menyokong program akademik yang ditawarkan bagi menjadi pilihan utama kerjaya dalam bidang kejuruteraan. PSDC menjanjikan perkara berikut:
✅ Komitmen Kebolehkerjaan 100%
✅ lebih 260 rakan industri
✅ Kurikulum Selaras dengan Industri
✅ Pensijilan Pilihan Industri
✅ Peluang Melanjutkan Pengajian
✅ Pensijilan Pilihan Industri
PSDC menawarkan bidang akademik bagi:
• School of Engineering
• Applied Engineering
• German Dual Vocational Training (GDVT)
PSDC diwakili oleh Dr Hari Narayanan, Chief Executive Officer dan En. Mohd Hisham Abdul Mutalib, Senior Manager Government Relations. Manakala UiTM diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Johan Eddy Luaran beserta delegasi UiTM daripada kumpulan 4 telah hadir dan memenuhi agenda taklimat dan lawatan industri PSDC pada MeTPI – 13
Lawatan ke PSDC ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Kehadiran staf UiTM menunjukkan minat yang tinggi di sepanjang lawatan dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak pengetahuan tentang program yang ditawarkan oleh industri kepada pelajar, pekerja industri dan masyarakat.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)