TAKLIMAT STRATEGI & PELAN TINDAKAN KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP) (SATELITE PARTNER)

TAKLIMAT STRATEGI & PELAN TINDAKAN KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP) (SATELITE PARTNER)

Shah Alam, 5 Mac 2025 –Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Taklimat Strategi dan Pelan Tindakan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) (Satelite Partner) secara atas talian.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi kerjasama di antara kumpulan penyelidik dalam aktiviti penyelidikan dalam bidang nic melalui penjanaan teori, idea baharu dan penciptaan yang inovatif serta terkehadapan dalam bidang-bidang strategik demi perkembangan sempadan ilmu. KKP juga adalah salah satu platform untuk menggalakkan Pusat Kecemerlangan (CoE) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke arah penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.

KKP Satelit Partner adalah merupakan gabungan sekurang-kurangnya tiga (3) kumpulan penyelidik dari CoE dengan CoE/Kumpulan Penyelidik lain (berbeza IPT) yang sama kepakarannya bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dalam bidang nic berfokus.

Taklimat ini dibuka secara bersasar kepada semua Penyelidik UiTM berdaftar sebagai RG & RIG. Seramai 200 orang staf dan penyelidik UiTM hadir mendengar taklimat KKP bagi mengetahui lebih lanjut tentang strategi untuk mendapatkan Geran KKP.

Taklimat KKP disampaikan oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) dan moderator adalah ChM. Dr Wan Zuraida Mohd Zain Koordinator Energy & Environment ReNeU. 

Semoga dengan taklimat ini, penyelidik UiTM akan berjaya mendapatkan Geran KKP bagi melestarikan lagi penyelidikan di UiTM.

 

Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm